Cari:
EU: Tempoh Peralihan "Brexit" Hingga Hujung 2020
2017-12-21 16:34:36 CRI Cetak

Suruhanjaya Eropah telah mengemukakan draf cadangan bagi tempoh peralihan Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU) atau "Brexit", semalam.

Draf cadangan itu menetapkan status Britain sebagai negara ketiga bermula 30 Mac tahun 2018, sementara tempoh peralihan "Brexit" tidak harus menjangkau tarikh 31 Disember 2020, iaitu lebih pendek daripada tempoh dua tahun yang dimohon Britain.

Draf tersebut akan dipanjangkan kepada Majlis Menteri-menteri EU untuk diteliti pada Januari nanti.

Ketua perunding bagi pihak EU, Michel Barnier dalam sidang media semalam berkata, tempoh peralihan adalah mustahak untuk memastikan "Brexit" berjalan lancar.

Berikutan status Britain sebagai negara ketiga, tiada lagi kerusi wakil negara itu dalam institusi serta pejabat cawangan dan perwakilan EU.

Tegas Barnier, Britain masih boleh menikmati dasar keutamaan EU dalam tempoh peralihan berkenaan, namun perlu memenuhi kewajipan tertentu melibatkan pasaran Eropah, kesatuan kastam dan dasar-dasar yang bertindih.

Kata beliau, tempoh peralihan hanya akan bermula selepas semua komitmen dalam fasa pertama rundingan "Brexit" dilaksanakan dalam bentuk undang-undang.

Selain itu, perjanjian mengenai tempoh peralihan perlu dimuktamadkan sebelum Oktober 2018, agar kedua-dua pihak mempunyai masa yang cukup untuk menyelesaikan prosedur undang-undang yang berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China