Cari:
Pakistan Sedia Mantapkan Hubungan dengan China
2017-12-22 14:05:13 CRI Cetak

Rakyat Pakistan dari segenap lapisan masyarakat mahu hubungan antara negara itu dengan China terus dimantapkan, dan bersedia terlibat secara aktif dalam kerjasama "Jalur dan Laluan" (B&R).

Demikian dinyatakan oleh Presiden Pakistan, Mamnoon Hussain dalam pertemuan dengan Duta Besar China ke Pakistan, Yao Jing yang menyerahkan watikah pelantikan semalam.

Kata beliau, kini perkongsian strategik Pakistan-China terus berkembang secara holistik. Pakistan bersedia berusaha bersama-sama dengan China untuk menjayakan Koridor Ekonomi Pakistan-China serta pelbagai kerjasama dua hala lain, agar menyumbang kepada kedamaian dan pembangunan serantau.

Duta Besar China ke Pakistan, Yao Jing pula berkata, China amat menghargai persahabatan dengan Pakistan dan bersedia memperkasakan lagi kerjasama pragmatik dengan negara itu dalam rangka Koridor Ekonomi Pakistan-China, supaya hubungan dua hala ini menjadi teladan baik bagi hubungan antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China