Cari:
Resolusi PBB Tolak Tindakan Ubah Status Baitulmuqqadis
2017-12-22 14:06:47 CRI Cetak

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi bahawa sebarang keputusan dan tindakan yang mengubah status Baitulmuqaddis adalah tidak sah dan mesti ditarik balik.

Resolusi itu diluluskan dalam mesyuarat tergempar yang diadakan semalam dengan 128 undi menyokong, 9 undi menentang dan 35 undi berkecuali.

Empat anggota tetap Majlis Keselamatan PBB selain AS membuang undi menyokong, manakala hanya sembilan negara termasuk AS dan Israel menentang.

Menurut resolusi itu, status Baitulmuqqadis perlu diputuskan melalui rundingan langsung antara Palestin dan Israel.

Perhimpunan Agung PBB dalam resolusi itu turut menyeru semua pihak terlibat mengubah situasi yang tidak membantu "penyelesaian dua negara", dan mewujudkan kedamaian yang menyeluruh, adil dan berkekalan di Asia Barat dengan secepat mungkin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China