Cari:
China Umumkan Senarai "Hutan Paling Mempesona"
2017-12-22 13:12:03 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Senarai "hutan paling mempesona di China" dan senarai "bar oksigen hutan di China" telah diumumkan dalam Sidang Kemuncak Tahunan Akhbar Greentimes China sempena Forum Bar Oksigen Hutan China 2017 yang diadakan baru-baru ini.

Penilaian dan keputusan akhir yang dibuat terhadap hutan-hutan yang terpilih adalah dengan mengambil kira keluasan, perlindungan vegetasi dan kualiti udara.

Kerja penilaian dan pemilihan berkenaan dimulakan di Beijing pada April lalu.

Antara 15 kawasan peranginan hutan yang dikategorikan dalam senarai "hutan paling mempesona di China" termasuk hutan pokok fir dan pokok konifer Zhiliguan di provinsi Gansu, hutan dara tropika Gunung Diaoluo di provinsi Hainan dan hutan pokok pain dan pinus Hinggan Kecil, sungai Jiangqing, provinsi Heilongjiang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China