Cari:
Kereta Rempuh Pejalan Kaki di Melbourne, 19 Cedera
2017-12-23 12:28:31 CRI Cetak

Sebanyak 19 orang cedera apabila sebuah kereta merempuh pejalan kaki di pusat bandar Melbourne, Australia semalam. 2 orang suspek telah ditahan polis.

Polis negeri Victoria memaklumkan, insiden berlaku pada pukul 4.45 petang waktu tempatan, di persimpangan Jalan Flinders dan Lebuh Elizabeth.

Menurut keterangan beberapa saksi, kereta berkenaan bergerak dengan amat laju, dan merempuh orang ramai tanpa tanda-tanda pemandu menekan brek.

Pemandu dan seorang lelaki lain telah diberkas oleh polis di lokasi insiden.

Perbuatan mereka dipercayai dilakukan dengan sengaja. Motif, dan sama ada insiden boleh diklasifikasikan sebagai serangan ganas, masih disiasat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China