Cari:
Trump Luluskan Akta Pengurangan Cukai
2017-12-23 13:47:39 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memeterai akta undang-undang pengurangan cukai yang berskop paling besar di negara itu sejak tahun 1986. Akta baharu ini akan dikuatkuasakan mulai Januari tahun depan.

Menurut Trump, akta ini bermanfaat bagi kelas menengah dan penciptaan lebih banyak peluang pekerjaan.

Senat dan Dewan Perwakilan Kongres AS telah meluluskan akta undang-undang ini pada 20 Disember lalu. Namun kesemua ahli dari Parti Demokrat membuang undi menentang.

Menurut akta baharu ini, cukai pendapatan syarikat akan diturunkan daripada 35% kepada 21%, manakala dalam aspek cukai pendapatan individu pula, kebanyakannya pada kadar cukai lebih rendah.

Menurut unjuran, akta ini akan meningkatkan defisit kewangan persekutuan AS sebanyak USD1.46 trilion pada 10 tahun akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China