Cari:
UNSC Lulus Resolusi Sekatan Baharu terhadap DPRK
2017-12-23 14:01:44 CRI Cetak

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) meluluskan resolusi 2397 bagi mengenakan sekatan baharu terhadap Republik Rakayt Demokratik Korea (DPRK) Jumaat lalu.

UNSC memutuskan untuk mengenakan sekatan baharu terhadap DPRK berikutan negara itu tidak menghiraukan bantahan masyarakat antarabangsa dan sekali lagi melancarkan ujian peluru berpandu balistik antara benua pada 29 November lalu.

Resolusi baharu ini menuntut DPRK agar menurunkan jumlah pengimportan minyak tang bertapis daripada 2 juta tong kepada 500 ribu tong setahun, manakala jumlah pengimportan minyak mentah tidak boleh melebihi had maksimum iaitu 4 juta tong setahun, manakala pekerja DPRK di luar negara mesti pulang kepada negara itu dalam tempoh yang ditentukan. Selain itu, resolusi ini turut melibatkan pengeksportan makanan, mesin, peralatan elektronik, kayu serta pengimportan kemudahan perindustrian dan mesin.

Kuasa Usaha China ke PBB, Wu Haitao menyatakan bahawa sekatan hanyalah pendekatan, sekatan tidak dapat menyelesaikan masalah. Pelbagai pihak berkenaan perlu segera menghentikan perbuatan dan kenyataan yang tidak bermanfaat bagi menyelesaikan masalah nuklear di Semenanjung Korea, mereka perlu mengambil tindakan meredakan ketegangan situasi semasa ini, berdasarkan peraturan dan semangat resolusi PBB, mengekalkan kaedah penyelesiaan secara damai dan memulihkan rundingan dan dialog demi menggalakkan masalah ini diselesaikan sebaik-baiknya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China