Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu baru-baru ini telah mengarahkan wakil tetap ke UNESCO meninggalkan pertubuhan itu secara rasmi pada 31 Disember ini.
Jurucakap Kementerian Luar Israel berkata, keputusan itu susulan UNESCO "cuba memisahkan sejarah orang Yahudi dengan tanah Israel".
Maklum seorang pegawai kanan Israel, keputusan itu akan ditarik balik sekiranya UNESCO mengubah pendiriannya dalam hal berkenaan.