Cari:
Perancis, Jerman Seru Redakan Ketegangan di Ukraine
2017-12-25 13:00:44 CRI Cetak

Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Canselor Jerman, Angela Merkel dalam satu kenyataan bersama menyeru pihak-pihak terlibat mengambil tindakan, termasuk mengundurkan senjata berat dari kawasan konflik di timur Ukraine bagi meredakan ketegangan di sana.

Menurut kenyataan itu, penyelesaian secara damai adalah satu-satunya jalan keluar bagi isu tersebut.

Kenyataan itu turut menyeru pegawai Rusia terus bertugas di pusat pemantauan dan penyelarasan bersama bagi isu gencatan senjata dan kestabilan garis sempadan.

Pada 18 Disember lalu, Kementerian Luar Rusia mengumumkan bahawa wakil Rusia di pusat tersebut akan meninggalkan Ukraine sehari kemudian kerana tugas mereka terhalang ekoran Ukraine menentang sebarang dokumen dan peraturan pusat itu, serta mengehadkan kegiatan wakil Rusia di garis sempadan berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China