Cari:
Barat Ketatkan Kawalan Keselamatan Hari Natal
2017-12-25 13:02:08 CRI Cetak

Amerika Syarikat (AS) dan Perancis antara beberapa negara Barat yang meningkatkan kawalan keselamatan di tempat-tempat awam pada tempoh perayaan sempena Hari Natal dan Tahun Baharu.

Jabatan Keselamatan Tanah Air AS menasihatkan orang ramai agar sentiasa menjaga keselamatan sewaktu berada di tempat awam.

Di Washington DC, kawalan keselamatan di gereja-gereja diperketat. Pengunjung gereja dilarang membawa masuk beg bersaiz besar.

Di Perancis pula, Kementerian Dalam Negeri telah mengarahkan 100 ribu anggota keselamatan ditempatkan di lokasi awam seperti pusat beli-belah, pasar, tempat-tempat keagamaan dan hab pengangkutan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China