Cari:
9 Pengganas Ditembak Mati di Mesir
2017-12-25 13:56:54 CRI Cetak

Pasukan keselamatan Mesir menembak mati sembilan pengganas dalam satu operasi di Wilayah Timur, dan menahan sembilan lagi suspek di Kaherah semalam.

Kementerian Dalam Negeri Mesir dalam kenyataan semalam berkata, sembilan pengganas yang terbunuh dalam pertempuran di sebuah ladang di Wilayah Timur, pernah terlibat dalam beberapa serangan di Sinai Utara.

Di Kaherah pula, selain menahan sembilan suspek, pasukan keselamatan turut merampas senjata api dan alat letupan. Empat suspek terlibat dalam serangan terhadap sebuah pos pemeriksaan Julai lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China