Cari:
China Galak Penyelesaian Damai Isu Palestin-Israel
2017-12-26 11:40:23 CRI Cetak

China sentiasa menyokong usaha rakyat Palestin memperjuangkan hak sah bangsa dan akan terus menggalakkan penyelesaian isu Palestin-Israel secara tuntas dan adil, sekali gus menyumbang kepada kedamaian di Asia Barat.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying ketika menyentuh simposium pejuang keamanan Palestin-Israel ketiga yang diadakan di Beijing pada 21 hingga 22 Disember lalu.

Menurut beliau, acara tersebut amat penting dan diadakan tepat pada waktunya. Penyelesaian dua negara adalah satu-satunya jalan keluar bagi isu berkenaan.

China menegaskan bahawa status Baitumuqaddis perlu diputuskan melalui rundingan berdasarkan persepakatan masyarakat antarabangsa. Palestin dan Israel harus menghormati hak pihak lain, dan mengelakkan sebarang tindakan yang memburukkan lagi situasi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China