Cari:
AS, DPRK Digesa Henti Bertikam Lidah
2017-12-26 12:52:30 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) berhenti bertikam lidah dan segera berdialog tanpa syarat.

Lavrov dalam wawancara eksklusif dengan Televisyen RT Rusia semalam berkata, dialog berkenaan boleh diadakan secara bilateral atau multilateral melibatkan pihak lain.

Beliau berkata, pada September lalu, AS pernah menunjukkan keinginan untuk mengadakan rundingan berhubung isu nuklear Semenanjung Korea. Washington tidak menjadualkan latihan tentera awal tahun depan, dan ingin mengambil kesempatan itu untuk berdialog dengan DPRK.

DPRK tidak menolak isyarat AS itu, namun keadaan berubah apabila AS merancang latihan tentera luar jadual sewaktu persiapan untuk berdialog dimulakan. Susulan itu, DPRK membalas dengan melancarkan satu lagi ujian peluru berpandu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China