Amerika Syarikat (AS) dikecam atas latihan ketenteraan di pangkalan miliknya di Syria, yang dikatakan melibatkan bekas militan Negara Islam (IS).
Ketua Turus Am Tentera Rusia, Valery Gerasimov baru-baru ini berkata, AS pernah menolak bekerjasama dengan Rusia dalam kempen membanteras pengganas di Syria. Tindakan AS melatih bekas militan menjejaskan situasi keselamatan di Syria.
Maklum Gerasimov, sejak September 2015, Rusia membantu Syria menumpaskan kira-kira 60 ribu daripada 70 ribu anggota IS di negara itu.
Dalam pada itu, Rusia mengumumkan rancangan menempatkan pasukan tetap di pangkalan Hmeymim dan Tartus, Syria.