Cari:
Penempatan Aegis Jejaskan Hubungan Jepun-Rusia
2017-12-29 12:21:56 CRI Cetak

Keputusan Jepun untuk menempatkan sistem pertahanan peluru berpandu balistik (BMD) darat, Aegis Ashore yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat (AS) menjejaskan hubungan antara Rusia dengan Jepun.

Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova dalam satu sidang akhbar semalam berkata, keputusan tersebut amat membimbangkan dan bertentangan dengan usaha untuk menjamin kedamaian dan kestabilan serantau. Tindakan sedemikian memberi impak negatif kepada hubungan bilateral, termasuk pemeteraian perjanjian damai.

Kata beliau, penempatan BMD di Jepun merupakan satu lagi langkah AS untuk memperluas sistem itu di seluruh dunia. Keputusan Jepun ini dikatakan membantu membuka jalan bagi AS untuk terus melanggar perjanjian peluru berpandu jarak sederhana.

Pada 19 Disember lalu, kerajaan Jepun telah meluluskan resolusi untuk mengimport dua peranti Aegis Ashore dari AS, yang dijadualkan beroperasi pada 2023.

Meskipun Jepun menegaskan pemasangan sistem tersebut bertujuan meningkatkan kemampuan pertahanan, penganalisis bagaimanapun berpandangan bahawa sistem berkenaan bersifat ofensif dan akan menggugat kestabilan serantau.

Penempatan Aegis Ashore ini boleh dilihat sebagai pusingan baharu bagi peluasan kekuatan ketenteraan Jepun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China