Cari:
Jepun Digesa Tangani Isu Hamba Seks secara Bertanggungjawab
2017-12-30 16:42:36 CRI Cetak

Jepun perlu menangani isu hamba seks semasa Perang Dunia II (WWII) dengan sikap bertanggungjawab.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media semalam.

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in baru-baru ini menyatakan bahawa terdapat kekurangan serius dalam perjanjian hamba seks yang ditandatangani kerajaan Park Geun-hye dengan Jepun pada 2015, hingga menyebabkan isu tersebut tidak dapat diselesaikan. Namun, Jepun menolak untuk membuat sebarang pindaan terhadap perjanjian tersebut.

Hua berkata, pendirian China dalam isu hamba seks adalah jelas dan konsisten. Jepun diharap mengambil berat keprihatinan negara-negara jiran dan masyarakat antarabangsa dan menangani isu berkenaan secara bertanggungjawab.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China