Airbus baru-baru ini mengumumkan penjualan 430 unit pesawat jarak sederhana keluarga A320 kepada firma ekuiti swasta Amerika Syarikat (AS), Indigo Partners, dalam satu janji niaga bernilai lebih USD49.5 bilion (lebih RM200 bilion).
Tempahan itu termasuk 274 pesawat jenis A320neo dan 156 pesawat jenis A321neo, dan dipercayai adalah yang terbesar dalam sejarah Airbus.