Cari:
Rusia Tahan Suspek Serangan Bom di St. Petersburg
2017-12-31 15:14:21 CRI Cetak

Pihak berkuasa Rusia menahan seorang suspek yang disyaki mendalangi dan melancarkan serangan bom di pasar raya bandar St. Petersburg.

Namun, jabatan Khidmat Keselamatan Persekutuan (FSB) Rusia tidak mendedahkan identiti suspek berkenaan.

Menurut sumber berita, suspek berkenaan ditangkap dalam operasi semalam, dan telah diserahkan kepada Jawatankuasa Penyiasatan Persekutuan untuk siasatan selanjutnya.

Insiden letupan bom berlaku di sebuah pasar raya di utara St. Petersburg, bandar kedua terbesar Rusia pada 27 Disember lalu, menyebabkan 13 orang cedera.

Presiden Rusia, Vladimir Putin menyifatkan kejadian itu sebagai serangan pengganas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China