Cari:
Kutipan Jualan Tiket Filem China Catat RMB55.9 Bilion
2018-01-01 13:37:15 CRI Cetak

Menurut data yang dikeluarkan Biro Filem Jabatan Pentadbiran Am Penerangan, Penerbitan dan Radio, Filem dan TV China (SAPPRFT)malam semalam, jumlah kutipan jualan tiket filem di seluruh negara sepanjang tahun 2017 mencatat RMB 55.911 bilion (RM34.8 bilion).

Angka ini meningkat 13.45% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Antaranya, kutipan bagi filem terbitan China mencatat RMB30.104 bilion (RM18.7 bilion), iaitu 53.84% keseluruhan kutipan berkenaan.

Dalam pada itu, 51 daripada 92 filem yang mengaut kutipan mencecah RMB100 juta (RM62 juta) adalah filem China.

Data biro tersebut turut menunjukkan bahawa pada tahun lalu, China telah mengeluarkan 970 produk filem, antaranya termasuk 798 filem cetera, 32 filem animasi dan 44 dokumentari.

Hasil kutipan tiket filem China di pasaran seberang laut mencatat RMB4.253 bilion (RM2.6 bilion), iaitu naik 11.19% berbanding tahun sebelumnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China