Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membantah dakwaan bahawa negaranya terlibat dalam demonstrasi yang berlaku di Iran.
Netanyahu dalam kenyataan menerusi Facebook berkata, tuduhan tersebut bukan sahaja salah, malah tidak masuk akal.
Sebelum ini, Presiden Iran, Hassan Rouhani menyalahkan Amerika Syarikat dan Israel menghasut tunjuk perasaan di negaranya.
Baru-baru ini, rakyat Iran mengadakan demonstrasi di beberapa bandar besar untuk mengutarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap kerajaan yang dikatakan gagal memperjuangkan kesejahteraan rakyat.
Pada 30 Disember lalu, protes merebak hingga ke ibu negara, Tehran.