Cari:
DPRK Dialu-alukan Sertai Sukan Olimpik Pyeongchang
2018-01-02 11:03:42 CRI Cetak

Perutusan Tahun Baharu pemimpin tertinggi Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Kim Jong-un yang memperlihatkan hasrat negara itu untuk memperbaiki hubungan, mendapat sahutan pihak Korea Selatan.

Chong Wa Dae dalam satu kenyataan menerusi jurucakap, Park Soo Hyun turut mengalu-alukan rancangan DPRK untuk menghantar kontinjen menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk ke-23 yang bakal diadakan di Pyeongchang tahun ini.

Korea Selatan bersedia mengadakan dialog dengan DPRK tanpa mengira saluran, masa mahupun lokasi, bagi membaiki hubungan antara kedua-dua pihak dan menyelesaikan isu Semenanjung Korea secara damai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China