Cari:
Percaturan Terbaharu Israel Dikutuk
2018-01-03 14:24:35 CRI Cetak

Palestin mengutuk tindakan Parlimen Israel meluluskan usul yang meningkatkan kawalan Israel terhadap Baitulmuqaddis.

Jurucakap Pejabat Presiden Palestin, Nabil Abu Rudeineh dalam satu kenyataan semalam berkata, usul tersebut serta keputusan sepihak Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengiktiraf kota suci itu sebagai ibu negara Israel adalah tidak sah.

Katanya, kedua-dua tindakan ini boleh disifatkan sebagai satu perisytiharan perang terhadap rakyat Palestin.

Rudeineh menegaskan bahawa sebarang percaturan politik yang mengetepikan isu status Baitulmuqaddis tidak akan berhasil.

Barisan Demokratik untuk Pembebasan Palestin (DFLP) dan Hamas turut mengutuk tindakan terbaharu Israel ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China