Cari:
China Laksana Cukai Perlindungan Alam Sekitar Baharu
2018-01-03 14:33:11 CRI Cetak

China mula melaksanakan undang-undang cukai perlindungan alam sekitar baharu pada 1 Januari lalu, sebagai langkah untuk menggalakkan pembangunan tamadun ekologi.

Menurut undang-undang baharu ini, bahan pencemar air dan udara serta sisa pepejal dan bunyi bising termasuk dalam kategori dicukai.

Pakar berkenaan berpandangan bahawa pelaksanaan undang-undang ini akan menggesa syarikat menaik taraf mod operasi, sekali gus membawa kesan positif terhadap struktur industri.

Undang-undang ini menetapkan sasaran dan skop yang hampir sama dengan sistem bayaran pelepasan bahan cemar yang telah dikuatkuasakan di China selama 40 tahun.

Syarikat, institusi dan pengeluar yang melepaskan bahan cemar secara langsung di wilayah darat dan laut China akan dikenakan cukai mengikut piawaian yang ditetapkan, sementara pihak yang tidak tergolong dalam kategori itu, termasuk individu, dikecualikan.

Kadar cukai adalah paling tinggi di Beijing, Tianjin, Hebei dan Shanghai, dan paling rendah di Liaoning, Jilin, Anhui dan Xinjiang.

Pendapatan hasil cukai ini dijangka RMB50 bilion (RM31 bilion) setahun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China