China mencapai hasil yang cukup memuaskan dalam usaha menggalakkan pelaksanaan pembaharuan terhadap sistem penanaman modal dan pembiayaan bagi projek pengairan pada 2017.
Penanaman modal bagi projek pengairan mencipta rekod baharu dengan jumlah RMB717.6 bilion (RM444 bilion).
Pada tahun 2017, kerja pembinaan bagi 16 buah projek pengairan utama telah dimulakan. Serentak itu, 122 daripada 172 projek penjimatan dan pembekalan air yang dirancang oleh Dewan Negara China sebelum ini juga turut dilancarkan.
Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, sistem dan mekanisme tadbir urus sumber air semakin disempurnakan susulan siri langkah pembaharuan utama yang telah dilaksanakan secara pragmatik dalam sektor berkenaan.