Demikian dinyatakan oleh Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada 1 Januari lalu.
UNICEF berkata, bayi yang pertama dilahirkan pada 1 Januari berasal dari Fiji, negara kepulauan di selatan Lautan Pasifik, manakala bayi yang berasal dari Amerika Syarikat (AS) merupakan yang terakhir dilahirkan pada hari itu.
Separuh daripada bayi-bayi yang dilahirkan pada 1 Januari berasal dari India, China, Pakistan, Indonesia, AS, Congo, Etiopia dan Bangladesh.
UNICEF bakal melancarkan kempen "Lindungi Nyawa Kanak-Kanak" pada Februari nanti. Pihaknya berharap kempen itu dapat menggesa negara-negara terbabit berusaha menubuhkan sistem jagaan kesihatan kebajikan untuk kanak-kanak.