Cari:
Britain Pertimbang Sertai TPP selepas Keluar EU
2018-01-03 13:57:01 CRI Cetak

Kerajaan Britain dilaporkan sedang menjalankan rundingan tidak rasmi mengenai penyertaan dalam Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) selepas keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

Menurut media tempatan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa Britain sedang meneliti cadangan berkenaan.

Financial Times baru-baru ini memetik Menteri Perdagangan, Greg Hands sebagai berkata bahawa penglibatan Britain dalam TPP tidak dihadkan oleh faktor geografi.

Pada 25 Disember lalu, agensi Nikkei Jepun melaporkan bahawa Jepun bersedia menggalakkan 11 negara memeterai perjanjian TPP pada bulan Mac nanti.

11 negara tersebut kesemuanya terletak di sekitar perairan Pasifik, iaitu Malaysia, Singapura, Vietnam, Brunei Darussalam, Jepun, New Zealand, Australia, Kanada, Chile, Mexico dan Peru.

Britain akan menjadi negara TPP pertama dari luar Pasifik jika bersetuju memeterai perjanjian perkongsian tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China