Cari:
China Terus Optimumkan Suasana Perniagaan
2018-01-04 14:11:09 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang mempengerusikan mesyuarat tetap Dewan Negara semalam, bagi merancang pelan untuk terus mengoptimumkan suasana perniagaan, serta merangsang kedinamikan pasaran dan kreativiti masyarakat, di samping memacu inovasi berteraskan penyelidikan saintifik.

Langkah-langkah tersebut bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing komprehensif sektor berkenaan, sebagai asas penting bagi pembangunan sistem ekonomi moden dan pertumbuhan berkualiti.

Untuk itu, Dewan Negara telah menggariskan tiga tugas utama, iaitu memudahkan prosedur pengurusan serta mengurangkan cukai dan caj yang berkaitan; melindungi hak harta intelektual berdasarkan undang-undang; dan menubuhkan mekanisme penilaian suasana perniagaan peringkat negara dengan melihat contoh negara-negara lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China