Cari:
Beijing Rintis Teknologi Kenderaan Tanpa Pemandu
2018-01-04 14:55:06 CRI Cetak

Suruhanjaya Pengangkutan Beijing dalam satu kenyataan semalam memaklumkan pelan untuk mengubah suai fasiliti lalu lintas bandar raya ini untuk menggalakkan pembangunan teknologi kenderaan tanpa pemandu.

Projek rintis pertama telah dilancarkan secara percubaan di Yizhuang, pinggir ibu kota.

Menurut seorang pegawai dari bahagian sains dan teknologi suruhanjaya tersebut, undang-undang dan peraturan baharu menetapkan syarat ketat bagi ujian kenderaan berkenaan. Keselamatan lalu lintas adalah syarat yang wajib dipenuhi semua kenderaan yang diuji.

Setiap kenderaan mesti dilengkapi sistem memandu dengan dua mod pemanduan iaitu manual dan automatik, serta peranti pemantauan yang mengumpul data sewaktu perjalanan.

Penilaian teknikal akan dijalankan oleh pakar-pakar dari bidang pengangkutan, telekomunikasi, automotif, elektronik, komputer dan perundangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China