Cari:
Udara Beijing Makin Bersih
2018-01-04 14:58:47 CRI Cetak

Kualiti udara di Beijing bertambah baik pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Menurut data yang diumumkan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Beijing semalam, purata kepekatan zarah PM2.5 dalam udara pada tahun 2017 susut 20% berbanding tahun sebelumnya, mencatat 58 mikrogram per meter padu.

Naib Pengarah Pusat Perlindungan dan Pemantauan Alam Sekitar Beijing, Liu Baoxian berkata, hasil itu menandakan Beijing berjaya mencapai sasaran Pelan Tindakan Pencegahan Pencemaran Udara Negara dengan lebih awal.

Beijing akan terus menumpukan usaha untuk mengurangkan purata kepekatan PM2.5 kepada 56 mikrogram per meter padu menjelang 2020, menerusi langkah-langkah bersepadu melibatkan bidang perundangan, ekonomi, sains dan teknologi serta pentadbiran.

Sasaran 'Pelan Pembangunan Ekologi Beijing', semakin banyak hari yang langit cerah dan semakin kurang bahan cemar dalam udara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China