Cari:
Talian Panmunjom Dipulihkan
2018-01-04 11:14:21 CRI Cetak

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres mengalu-alukan Republik Rakyat Demokratik Korea (DRPK) dan Korea Selatan membuka semula talian komunikasi Panmunjom.

Gutteres dalam kenyataan yang dibuat menerusi timbalan jurucakapnya, Farhan Haq menyatakan bahawa PBB komited menggalakkan pelaksanaan resolusi berkenaan Majlis Keselamatan, dan berharap lebih banyak usaha diplomatik dilakukan untuk mewujudkan matlamat Semenanjung Korea yang bebas senjata nuklear.

Televisyen Pusat DPRK (KCTV) semalam melaporkan, pemimpin tertinggi negara itu, Kim Jong-un telah mengarahkan agar talian penting Panmunjom dipulihkan bagi membolehkan perbincangan dengan pihak Korea Selatan mengenai penyertaan kontinjen DPRK dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di PyeongChang, Korea Selatan Februari nanti.

Talian Panmunjom ditutup sejak Februari 2016.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China