Cari:
445 Ribu Rakyat Afghanistan Hilang Tempat Tinggal Akibat Perang
2018-01-04 12:29:46 CRI Cetak

Perang yang terus membawa kemusnahan kepada Afghanistan telah mengakibatkan kira-kira 445 ribu rakyatnya kehilangan tempat tinggal sepanjang tahun 2017.

Menurut pengumuman Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) di Afghanistan semalam, lebih 140 ribu penduduk di kawasan timur Afghanistan terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka, antaranya lebih 123 ribu adalah dari wilayah Nangarhar.

Pertempuran yang makin menjadi-jadi antara tentera Afghanistan dengan kumpulan pelampau Daesh sejak awal Oktober lalu telah mengakibatkan ramai penduduk tempatan terpaksa melarikan diri.

Statistik Misi Bantuan PBB ke Afghanistan (UNAMA) pada 13 Oktober lalu pula menunjukkan bahawa setakat sembilan bulan pertama tahun lepas, seramai 2,640 orang awam terbunuh dan 5,379 cedera akibat perang di Afghanistan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China