Cari:
Baitulmuqaddis Tidak Boleh Dijual Beli
2018-01-04 13:32:20 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Palestin mengutuk tindakan Amerika Syarikat (AS) memaksa negaranya kembali ke meja rundingan berhubung isu status Baitulmuqaddis dengan ugutan menghentikan bantuan dana kepadanya.

Pejabat Presiden Palestin dalam kenyataan menerusi jurucakap, Nabil Abu Rdainah semalam menegaskan bahawa Baitulmuqaddis tidak boleh dijual beli.

Sehari sebelumnya, Presiden AS, Donald Trump melalui Twitter mendakwa Palestin tidak menghargai mahupun menghormati pihaknya yang telah menghulurkan dana bantuan berjumlah ratusan juta dolar setiap tahun.

Kata Trump, Palentin tidak menunjukkan niat mahu berdamai dengan Israel, maka tidak wajar diberi bantuan lagi.

Berhubung kenyataan Trump itu, Rdainah menegaskan bahawa rundingan damai serta kedamaian yang sebenar bergantung kepada kesahan sesuatu tindakan.

AS sepatutnya menghormati prinsip berkenaan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) sekiranya negara itu mengambil kira kepentingan negara-negara di rantau Asia Barat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China