Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan terhadap lima entiti Iran di bawah kluster perindustrian sama, atas dakwaan menyokong program peluru berpandu balistik Iran.
Maklum Jabatan Perbendaharaan AS semalam, lima entiti berkenaan dituduh membekalkan sokongan dalam bentuk teknologi bagi penyelidikan dan pembangunan senjata tersebut.
Aset lima entiti itu di wilayah AS akan dibeku, dan urus niaga antara warga AS dengan mereka dilarang.