Pegawai dari Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dan Korea Selatan telah berhubung menerusi talian komunikasi Panmunjom semalam.
Pada malam hari yang sama, Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in turut menghubungi rakan sejawatnya dari A.S., Donald Trump untuk membincangkan keputusan membatalkan latihan tentera bersama semasa Sukan Olimpik Pyeongchan diadakan pada Februari nanti.
Menurut Kementerian Penyatuan Korea Selatan, sebanyak dua panggilan langsung telah dibuat antara kedua-dua negara sejak talian Panmunjom dipulihkan 3 Januari lalu.
Kementerian Luar China mengalu-alukan isyarat positif dari semenanjung Korea, dan melahirkan harapan agar seluruh dunia dapat memberi sokongan terhadap perkembangan yang menggalakkan ini.