Inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) mendapat pengiktirafan yang semakin meluas daripada negara-negara di seluruh dunia.
Demikian ditunjukkan dalam Laporan Tinjauan Imej Negara China di Dunia Tahun 2016-2017 yang dikeluarkan pada 5 Januari lalu.
Laporan itu berkata, kadar pengiktirafan Indonesia dan India terhadap inisiatif B&R melebihi 40%. Para responden beranggapan bahawa inisiatif B&R mempunyai pengaruh yang amat positif dan signifikan terhadap individu, negara, rantau, serta ekonomi dan tadbir urus seluruh dunia.
Pada masa yang sama, lebih 60% responden dari luar negara bersependapat, China memainkan peranan yang lebih aktif dalam usaha menggalakkan mekanisme kerjasama BRICS.