Cari:
China, Negara Sumber Hutan
2018-01-05 12:16:54 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China muncul sebagai negara yang sumber hutannya meningkat paling banyak sepanjang lima tahun lalu. Pada tahun ini, China akan melaksanakan kempen menghijaukan tanah secara besar-besaran.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Perhutanan Negara China, Zhang Jianlong dalam Sidang Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Kebangsaan yang diadakan di An'ji, provinsi Zhejiang pada 4 Januari lalu.

Zhang berkata, dalam tempoh lima tahun lalu, China telah melaksanakan mekanisme perlindungan ekologi yang paling ketat, selain memperhebat kerja-kerja untuk memulihara sumber perhutanan.

Namun begitu, industri perhutanan China masih kurang maju berikutan kekurangan sumber ekologi. Hal tersebut turut menyebabkan kerapuhan sistem ekologi negara ini.

Untuk membaiki situasi semasa, Jabatan Pentadbiran Perhutanan Negara China mengemukakan matlamat bagi merealisasikan modenisasi industri perhutanan dan menaik taraf persekitaran ekologi menjelang pertengahan abad ke-21 ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China