Cari:
China Alu-alukan Tindakan Positif Semenanjung Korea
2018-01-06 15:31:34 CRI Cetak

Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dan Korea Selatan akan mengadakan rundingan peringkat tinggi di Panmunjom pada 9 Januari nanti.

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang akhbar diadakan semalam telah mengalu-laukan tindakan positif yang akan dilakukan kedua-dua pihak.

Geng Shuang berkata, "China mengalu-alukan tindakan positif dilakukan DPRK dan Korea Selatan baru-baru ini untuk meredakan hubungan yang tegang. Kami juga berharap agar seluruh dunia dapat memberi sokongan terhadap perkembangan yang menggalakkan ini, berusaha bersama-sama untuk mencari langkah berkesan bagi meredakan ketegangan, memupuk rasa saling mempercayai dan memulihkan dialog."

Geng menegaskan China sentiasa menyumbangkan usaha demi isu Semenanjung Korea dan memainkan peranan positif yang bersifat membina.

Beliau menyeru agar pelbagai pihak berkenaan berusaha bersama-sama untuk memikul tanggungjawab masing-masing untuk membawa isu Semenanjung Korea kemali ke landasan penyelesaian damai melalui dialog dan rundingan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China