Cari:
Warga China Tidak Diizinkan Langgar Resolusi UNSC
2018-01-06 15:07:17 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kerajaan China tidak membenarkan warga atau perusahaan negaranya melakukan apa jua aktiviti yang melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Demikian dinyatakan Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang di Beijing pada 5 Januari lalu ketika menjawab pertanyaan wartawan tentang laporan media Korea Selatan yang menyebut beberapa kapal China yang kerap kali bertukar bendera kebangsaan dan tempat daftar dalam melakukan tindakan yang melanggar resolusi UNSC mengenai sekatan terhadap Republik Rakyat Demoktratik Korea (DPRK).

Geng berkata, kerajaan China sentiasa melaksanakan resolusi UNSC secara menyeluruh dan ketat, dan komited menunaikan kewajipan antarabangsa berkenaan.

Tambah beliau lagi, mereka yang melanggar resolusi UNSC, jika disabitkan kesalahan, pasti akan dihukum oleh kerajaan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China