Cari:
Hubungan China-Jepun Boleh Pulih
2018-01-06 15:08:09 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Hubungan bilaeral antara Jepun dengan China diharap dapat dibaik pulih pada tahun ini bersempena ulang tahun ke-40 Perjanjian Perdamaian dan Persahabatan Jepun-China.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe ketika menyampaikan ucapan tahniah dalam Majlis Jamuan Tahun Baharu anjuran Agensi Berita Jiji (JP) Jepun yang diadakan di Tokyo pada 5 Januari lalu.

Pada 19 Disember tahun lalu, Abe dalam ucapannya di Tokyo pernah menyampaikan hasratnya untuk membaik pulih hubungan dua hala dengan China.

Dalam ucapan itu, Abe berkata, Jepun akan mengambil peluang ulang tahun ke-40 Perjanjian Perdamaian dan Persahabatan Jepun-China agar mempererat pertukaran peringkat tinggi, sekali gus melonjakkan hubungan bilateral antara kedua-dua negara ke tahap baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China