Cari:
Dunia Arab Bantah AS yang Iktiraf Baitulmuqaddis Ibu Negara Israel
2018-01-07 15:17:48 CRI Cetak

Dunia Arab membantah keputusan sepihak Amerika Syarikat (AS) yang mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dan akan terus berpegang pada pendirian sendiri dalam isu status kota suci itu. Demikian dinyatakan Menteri Luar dari Jordan, Palestin, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu, Maghribi dan Setiausaha Agung Liga Arab (AL) di Anman, Jordan semalam.

Dalam sidang akhbar setelah mesyuarat semalam, Setiausaha Agung AL, Ahmad Abdoul Gheit berkata, dunia Arab bersatu padu untuk menolak keputusan sepihak AS itu.

Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi berkata, negara Arab berharap agar mendorong lebih banyak negara mengiktiraf negara Palestin. Jika gagal menubuhkan negara Palestin yang merdeka yang beribukota di Baitulmuqaddis Timur, keamanan dan kedamaian tidak mungkin dapat direslisasikan di rantau Asia Barat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China