Cari:
Arab Saudi Tangkap 11 Anggota Keluarga Diraja
2018-01-07 15:49:37 CRI Cetak

Jabatan Pendakwa Arab Saudi mengeluarkan kenyataan semalam, Pasukan Istana telah menangkap 11 anggota keluarga diraja yang terlibat dalam tunjuk perasaan di Riyadh baru-baru ini.

Menurut kenyataan itu, 11 anggota keluarga diraja yang berhimpun di hadapan pejabat kerajaan provinsi Riyadh tersebut, menuntut raja Salman bin Abdulaziz Al Saud membatalkan titah tentang menghentikan pembayaran biaya air dan elektrik untuk anggota keluarga diraja. Selain itu, mereka juga menuntut pampasan untuk keluarga seorang putera yang telah dijatuhi hukuman mati dengan tuduhan pembunuhan orang awam.

11 anggota keluarga diraja tersebut sebagai penunjuk perasaan yang tidak mahu bersurai, terus ditangkap dan ditahan dalam sebuah penjara untuk menunggu perbicaraan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China