Cari:
Letupan Bom di Timur Iraq, 3 Maut
2018-01-07 16:36:19 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Sekurang-kurangnya tiga orang maut dalam letupan bom yang berlaku di wilayah Diyala, timur Iraq pada malam 6 Januari lalu waktu tempatan.

Demikian sumber Jabatan Keselamatan Iraq.

Seorang pegawai dari Jabatan Keselamatan Wilayah Diyala memberitahu wartawan Agensi Berita Xinhua bahawa sebuah kereta yang dipasang bom diletupkan terlebih dahulu di sekitar sebuah rumah milik seorang penghulu tempatan, kemudian seorang pengebom berani mati meletupkan bomnya sebaik sahaja menyerbu masuk ke dalam rumah itu.

Isteri sang penghulu dan dua orang saudara-maranya disahkan terkorban dalam serangan bom berani mati tersebut. Angka kematian dan kecederaan mungkin akan terus meningkat.

Beberapa rumah dan kenderaan turut dilaporkan musnah di sekitar lokasi serangan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China