Cari:
Trump Sedia Berdialog dengan Kim Jong-un
2018-01-07 14:27:54 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata semalam, beliau bersedia menjalankan dialog secara bersyarat dengan Kim Jong-un, pemimpin Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK). Beliau beharap rundingan antara DPRK dengan Korea Selatan yang bakal diadakan pada 9 Januari nanti bukan hanya membincangkan topik Sukan Olimpik sahaja.

Trump berkata kepada media ketika berada di Camp David, negeri Maryland, beliau bersikap terbuka terhadap kemungkinan berdialog dengan Kim Jong-un melalui telefon, tetapi ini mempunyai prasyarat dan pendirian AS terhadap DPRK tetap amat 'tegas'.

Ketika membicarakan rundingan yang bakal diadakan antara DPRK dengan Korea Selatan tersebut, Trump menyatakan sokongan seratus peratus terhadap aktiviti itu dan berharap rundingan itu akan menyentuh lebih banyak isu selain Sukan Olimpik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China