Cari:
Rizab Pertukaran Asing China 2017 Naik 129.4 B
2018-01-08 14:58:47 CRI Cetak

Menurut data terbaharu yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat China semalam, setakat hujung tahun 2017, rizab pertukaran asing China mencecah USD3.1399 trilion (RM12.51 trilion), meningkat 4.3% iaitu USD129.4 bilion berbanding awal tahun 2017.

Rizab pertukaran asing China pada hujung Disember lalu meningkat 0.66 perauts berbanding dengan hujung November lalu, iaitu USD20.7 bilion. Ini peningkatan selama 11 bulan berturut-turut.

Pegawai Biro Pentadbiran Wang Asing China (SAFE) menyatakan bahawa pertukaran dana antarabangsa dan urus niaga utama dalam dan luar negara kian stabil dan seimbang. Kenaikan kadar pertukaran mata wang bukan USD dan harga aset membantu peningkatan rizab pertukaran asing China.

Pendapatan dan perbelanjaan antarabangsa dan rizab pertukaran asing China akan terus mengekalkan kestabilan dan keseimbangan pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China