Cari:
Majlis Penyampaian Anugerah Sains dan Teknologi China
2018-01-09 11:41:08 CRI Cetak

Majlis penyampaian anugerah sains dan teknologi negara China diadakan di Beijing semalam. Presiden, Xi Jinping, Perdana Menteri, Li Keqiang dan pemimpin-pemimpin lain menghadiri majlis itu dan menyampaikan anugerah kepada wakil pemenang.

Ahli Akademi dari Universiti Teknologi Nanjing, Wang Zeshan, dan Ahli Akademi dari Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit China, Hou Deyun telah memenangi anugerah sains dan teknologi tertinggi China tahun 2017.

Presiden Xi mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan menyampaikan anugerah kepada kedua-dua pemenang tersebut.

Pemimpin-pemimpin lain turut menyampaikan anugerah kepada saintis yang memperolehi hadiah pelbagai kategori termasuk sains alam, penciptaan teknologi, kemajuan sains dan teknologi, kerjasama sains dan teknologi antarabangsa dan lain-lain.

Perdana Menteri, Li Keqiang menyatakan bahawa China harus menggalakkan semangat penciptaan dan inovasi dalam kalangan rakyat, membuka kemudahan penyelidikan sains dan data statistik sains kepada masyarakat awam. Selain itu, pemeliharaan harta intelek harus ditingkatkan, di samping meluaskan kerjasama dengan masyarakat antarabangsa.

Difahamkan, 271 projek penyelidikan sains dan 9 saintis memenangi anugerah sains dan teknologi China 2017 tersebut.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China