Cari:
Pilihan Raya Presiden Mesir pada Mac 2018
2018-01-09 12:44:22 CRI Cetak

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan Mesir (NEA), pilihan raya Presiden akan diadakan pada 26 hingga 28 Mac. Pengundi di luar negara akan membuang undi pada 16 hingga 18 Mac.

Pengerusi NEA, Lasheen Ibrahim dalam sidang media semalam menyatakan bahawa keputusan pemilihan akan diumumkan pada 2 April sekiranya pengundinan pusingan kedua tidak diadakan.

Menurut pindaan perlembagaan Mesir, tempoh perkhidmatan Presiden Mesir selama empat tahun dan boleh meneruskan jawatan itu untuk satu penggal lagi.

Presiden sekarang, Abdel-Fattah El-Sisi mencapai kemenangan dengan 96.91% undi dalam pilihan raya pada tahun 2014. Walaupun beliau sendiri masih belum mengumumkan keputusan, namun orang awam berpendapat bahawa beliau akan bertanding dalam pilihan raya kali ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China