Cari:
Xi Jinping Temui Emmanuel Macron
2018-01-09 15:36:24 CRI Cetak

Presiden China Xi Jinping ditemui Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang dalam rangka lawatan rasmi ke China di Wisma Tetamu Negara Diaoyutai, Beijing semalam.

Xi dalam pertemuan itu berkata, China dan Perancis mempunyai kebudayaan dan sejarah yang cemerlang. Presiden Macron memilih China sebagai destinasi pertama dalam lawatannya pada tahun yang baharu. Ini mencerminkan tumpuan tinggi Presiden Macron terhadap hubungan dengan China.

Beliau menyatakan, terdapat banyak unsur yang tidak menentu di dunia pada masa ini. Komuniti berkongsi nasib sesama insan yang dikemukakan oleh China mempunyai persamaan dengan anjuran Perancis. China bersedia untuk meningkatkan kerjasama dengan Perancis dalam pelbagai bidang dalam rangka inisiatif Jalur dan Laluan (B&R), agar mendorong kemakmuran dan kestabilan dunia pada era baharu.

Macron amat gembira untuk melawat China dan berharap lawatan kali ini dapat menguatkan kepercayaan kedua-dua pihak dan mendorng hubungan China-Perancis malah China-Eropah. Perancis bersedia terlibat dalam inisiatif B&R, dan bekerjasama dengan China untuk membuat sumbangan kepada penyelesaian masalah global seperti perubahan iklim.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China