Pameran Elektronik Pengguna (CES) dirasmikan di Las Vegas, Amerikat Syarikat (AS) hari ini. Lebih kurang 4000 perusahaan dari 150 negara dan wilayah menyertai pameran kali ini.
Sebagai pameran teknologi elektronik pengguna yang terbesar di dunia, CES dapat menunjukkan trend pembangunan industri ini bagi tahun depan malah beberapa tahun yang akan datang.
Menurut penganjur CES, Persatuan Teknologi Pengguna AS (CTA), trend pembangunan elektronik baharu 2018 meliputi 5G, kecerdasan buatan (AI), bandar pintar dan sebagainya.
kira-kira 1550 syarikat China menyertai pameran CES tahun ini, angka ini menduduki satu pertiga daripada jumlah peserta.