Cari:
Rundingan DPRK-Korea Selatan Berhasil
2018-01-10 14:35:35 CRI Cetak

Rundingan Peringkat Tinggi Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dengan Korea Selatan yang diadakan di Panmunjom berakhir semalam.

Menurut kenyataan bersama, kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan tentang DPRK menghantar kontinjen untuk menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk ke-23 di Pyeongchang tahun ini.

Selain itu, rombongan penyorak, rombongan artis, dan rombongan wartawan dari DPRK juga akan melawat Korea Selatan semasa Sukan Olimpik Pyeongchang ini. Pihak Korea Selatan akan memberi pemudahan yang diperlukan.

Kedua-dua pihak telah mencapai persepakatan untuk meredakan ketegangan ketenteraan pada masa ini, selain rundingan badan ketenteraan akan diadakan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China