Cari:
Moon Jae-in Mahu Baiki Hubungan dengan DPRK
2018-01-11 14:15:24 CRI Cetak

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in mengadakan sidang akhbar tahun baharu di Chong Wa Dae semalam untuk menghuraikan kerja kerajaan pada tahun 2018. Beliau berpendapat, hubungan Korea Selatan dengan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) patut dibaiki, di samping masalah nuklear DPRK diselesaikan. Rundingan pemimpin kedua-dua negara boleh diadakan pada bila-bila masa jika syaratnya dipenuhi.

Moon berkata, Semenanjung Korea bebas daripada nuklear adalah proses dan sasaran bagi kewujudan kedamaian serantau. Pengumuman bersama tentang semenanjung tersebut bebas daripada nuklear oleh kedua-dua pihak adalah pendirian asas Korea Selatan.

Ketika menyebut kehadiran DPRK dalam Sukan Olimpik Pyeongchang, Moon Jae-in mengulas bahawa kerajaan Korea Selatan yang berusaha sedaya upaya untuk menjamin temasya sukan itu diadakan dengan jayanya, di samping menyelesaikan masalah nuklear secara damai. Dalam pada itu, Korea Selatan akan mengekalkan komunikasi yang rapat dengan Amerika Syarikat (AS), China, Jepun dan negara berkaitan.

Beliau menegaskan, penyelesaian masalah nuklear Semenanjung Korea dalam penggal perkhidmatannya adalah sasarannya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China